29 Disember 2020, 9:30 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa satu insiden paip putus telah berlaku petang tadi disebabkan oleh tanah runtuh di Damansara Utama. Justeru itu, 43 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A.
Air Selangor telah memulakan kerja-kerja pembaikan paip yang terputus tersebut. Walau bagaimanapun, jangkaan kerja pembaikan siap masih tidak dapat dipastikan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
– TAMAT –
LAMPIRAN A
SENARAI KAWASAN YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP AGIHAN PECAH DI DAMANSARA UTAMA – 29 DISEMBER 2020
WILAYAH PETALING | ||
Eastin Hotel | PJU 6, Pelangi Damansara | SS5 |
Icon City | PJU7, Mutiara Damansara | SS6 |
Kampung Padang Tembak | PJU8, Damansara Perdana | SS7 |
Kampung Bukit Lanjan | Seksyen 11, PJ | SS8 (FTZ) |
Kampung Sungai Kayu Ara | Seksyen 12, PJ | SS9A |
Kampung Sungai Penchala | Seksyen 13, PJ | SS20 |
Kelab Menembak Subang | Seksyen 14, PJ | SS21 |
Kelab Golf Pertahanan Awam | Seksyen 16, PJ | SS22 |
KLGCC | Seksyen 17, PJ | Taman Suria |
Paradigm Mall | Seksyen 19. PJ | Taman Tun Dr Ismail (TTDI) |
Phileo Damansara, KL | Seksyen 20, PJ | Tropicana Golf & Country Club |
Pinggiran TTDI | Seksyen 21, PJ | UM |
PJU 1A, Ara Damansara | Seksyen 22, PJ | – |
PJU 3, Kota Damansara | SS1 | – |