8:00 AM
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja kecemasan bagi membaiki paip yang terputus disebabkan oleh tanah runtuh di Damansara Utama sedang giat dijalankan. Berikutan insiden ini, sejumlah 43 kawasan di Wilayah Petaling dan 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah seperti di Lampiran A.
Seperti yang dimaklumkan, Air Selangor telah memulakan kerja-kerja pembaikan paip yang terputus tersebut sejak malam semalam, 29 Disember 2020. Walau bagaimanapun, kerja pembaikan dijangka akan memgambil masa selama 30 jam dan akan siap sepenuhnya pada jam 6.00 pagi, 31 Disember 2020. Para pengguna akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat-peringkat selepas kerja pembaikan siap dan pemulihan sepenuhnya untuk kawasan terjejas pada 6.00 petang, 1 Januari 2021.
Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang akan disediakan bermula jam 8:00 pagi ini untuk kemudahan para pengguna yang terlibat. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan PKS yang disediakan. Senarai PKS yang dibuka adalah seperti di Lampiran B.
Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
SENARAI 43 KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH PETALING PADA 30 DISEMBER 2020
WILAYAH PETALING | ||
Eastin Hotel | Icon City | Kampung Padang Tembak |
Kampung Bukit Lanjan | Kampung Sungai Kayu Ara | Kampung Sungai Penchala |
Kelab Menembak Subang | Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) | Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) |
Paradigm Mall | Phileo Damansara, KL | Pinggiran TTDI |
PJU 1A, Ara Damansara | PJU 3, Kota Damansara | PJU 6, Pelangi Damansara |
PJU 7, Mutiara Damansara | PJU 8, Damansara Perdana | Seksyen 11 – 14, PJ |
Seksyen 16 – 17, PJ | Seksyen 19 – 22, PJ | SS1- SS8 (FTZ) |
SS9A | SS20 – SS22 | Taman Suria |
Taman Tun Dr Ismail (TTDI) | Tropicana Golf & Country Club | Universiti Malaya |
SENARAI 20 KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR PADA 30 DISEMBER 2020
WILAYAH KUALA LUMPUR | ||
Keseluruhan Bukit Kiara | Bukit Kiara Equestrian & Country Resort | Pusat Sukan Bukit Kiara |
Pusat Sains Negara | Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) | Kelab Diraja Selangor |
Suruhanjaya Sekuriti | Bahagian Teknologi Pendidikan | Kompleks Belia & Sukan |
Jalan Bukit Kiara | Jalan Bukit Kiara 1 | Keseluruhan Bukit Damansara |
Keseluruhan Taman Bukit Damansara | Keseluruhan Medan Damansara | Keseluruhan Damansara Town Centre |
i-Damansara | Taman Damansara Endah | Taman Seri Beringin |
Jalan Gegambir | Jalan Belimbing | – |
LAMPIRAN B
LOKASI PUSAT KHIDMAT SETEMPAT (PKS)
REGION | LOCATION | COORDINATE |
PETALING | SS7 | 3.09311, 101.59821 |
Jalan Harapan, Seksyen 17 | 3.129077, 101.630074 |