5:00 PM
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja bagi membaiki paip yang terputus disebabkan oleh tanah runtuh di Damansara Utama berjalan lancar.
Setakat jam 4:00 petang tadi, kerja-kerja pembaikan paip tersebut telah mencapai 54% siap, sejak dimulakan pada jam 12:30 tengah malam tadi. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 31 Disember 2020. Kerja-kerja pembaikan yang sedang dilaksanakan adalah pengalihan sementara paip bersaiz 1000 mm yang mana paip ini akan diletakkan di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT untuk menyegerakan semula pengagihan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas. Dalam pada itu, aspek keselamatan pekerja sentiasa menjadi keutamaan bagi Air Selangor untuk memastikan semua kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air dapat dilaksanakan dengan baik.
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki sedang digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui tangki statik yang diletakkan di dua Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang telah disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan PKS yang disediakan.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
– TAMAT –
LAMPIRAN A
SENARAI 43 KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH PETALING PADA 30 DISEMBER 2020
WILAYAH PETALING | ||
Eastin Hotel | Icon City | Kampung Padang Tembak |
Kampung Bukit Lanjan | Kampung Sungai Kayu Ara | Kampung Sungai Penchala |
Kelab Menembak Subang | Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) | Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) |
Paradigm Mall | Phileo Damansara, KL | Pinggiran TTDI |
PJU 1A, Ara Damansara | PJU 3, Kota Damansara | PJU 6, Pelangi Damansara |
PJU 7, Mutiara Damansara | PJU 8, Damansara Perdana | Seksyen 11 – 14, PJ |
Seksyen 16 – 17, PJ | Seksyen 19 – 22, PJ | SS1- SS8 (FTZ) |
SS9A | SS20 – SS22 | Taman Suria |
Taman Tun Dr Ismail (TTDI) | Tropicana Golf & Country Club | Universiti Malaya |
SENARAI 20 KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR PADA 30 DISEMBER 2020
WILAYAH KUALA LUMPUR | ||
Keseluruhan Bukit Kiara | Bukit Kiara Equestrian & Country Resort | Pusat Sukan Bukit Kiara |
Pusat Sains Negara | Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) | Kelab Diraja Selangor |
Suruhanjaya Sekuriti | Bahagian Teknologi Pendidikan | Kompleks Belia & Sukan |
Jalan Bukit Kiara | Jalan Bukit Kiara 1 | Keseluruhan Bukit Damansara |
Keseluruhan Taman Bukit Damansara | Keseluruhan Medan Damansara | Keseluruhan Damansara Town Centre |
i-Damansara | Taman Damansara Endah | Taman Seri Beringin |
Jalan Gegambir | Jalan Belimbing | – |
LAMPIRAN B
LOKASI PUSAT KHIDMAT SETEMPAT (PKS)
WILAYAH | LOKASI | KOORDINAT |
PETALING | SS7 | 3.09311, 101.59821 |
Jalan Harapan, Seksyen 17 | 3.129077, 101.630074 |