LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELISEK TELAH BEROPERASI SEMULA

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai  Selisik telah beroperasi semua setelah dihenti tugas ekoran insiden banjir pada jam 5.40 petang, 3 Januari 2021. Setakat jam 7.00 pagi ini, paras sungai telah surut dan membolehkan LRA beroperasi semula.

 

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, lapan (8) kawasan di Wilayah Hulu Selangor telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan Kampung Sungai Nilam/ Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang, Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Kampung Serigala, Kampung Orang Asli, Kampung Bahom, Kampung Sekolah/ Kuarters Klinik dan Kampung Gesir Tengah.

 

Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem bekalan air. Para pengguna yang terjejas dijangka akan mula mendapat bekalan air pada jam 10.00 pagi ini secara berperingkat-peringkat mengikut jarak dan lokasi premis pengguna. Pemulihan sepenuhnya bekalan air di lapan kawasan terjejas dijangka pada 5 Januari 2021, jam 7.00 pagi.

 

Air Selangor telah mengerakkan lori-lori tangki untuk menghantar bantuan air kepada para pengguna yang terjejas.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut insiden ini dan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …