BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR, PETALING DAN HULU LANGAT TELAH PULIH PADA TAHAP 57%

8:30 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah disebabkan oleh pihak ketiga di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras telah siap dilaksanakan pada jam 11:00 malam, 8 Januari 2021.

Bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 2:00 pagi ini. Sehingga jam 7:00 pagi hari ini, status pemulihan bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat telah mencapai tahap 57%. Berikut adalah status pemulihan mengikut wilayah:

Wilayah Peratus Pemulihan
Kuala Lumpur 10%
Petaling 70%
Hulu Langat 90%

Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bagi memastikan para pengguna mendapat bekalan air dengan segera terutama dalam situasi pandemik COVID-19. Pemulihan bekalan air di semua kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat-peringkat  bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Bekalan air di Wilayah Kuala lumpur, Petaling dan Hulu Langat dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 petang, hari ini.

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki sedang giat digerakkan kepada para pengguna yang terjejas.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …