NOTIS PEMBERITAHUAN PENANGGUHAN KERJA-KERJA PENGALIHAN DAN PENYAMBUNGAN PAIP BAHARU DI PERSIARAN SELANGOR SEKSYEN 15, SHAH ALAM PADA 12 JANUARI 2021

8:00 PM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada 13 Januari hingga 26 Januari 2021.

Untuk maklumat bekalan air yang sahih, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …