KERJA-KERJA PENGALIHAN DAN PENYAMBUNGAN PAIP BAHARU BERDEKATAN KILANG CARLSBERG DI PERSIARAN SELANGOR SEKSYEN 15, SHAH ALAM TELAH SIAP DILAKSANAKAN

30 MAC 2021, 11:50 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah siap dilaksanakan pada jam 11.30 malam. Kelewatan selama dua jam setengah berbanding tempoh yang dijadualkan disebabkan proses pengeringan air di dalam paip sedia ada mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan. Proses ini penting bagi memastikan keselamatan petugas-petugas dan kontraktor Air Selangor terjamin semasa kerja-kerja kimpalan paip baharu dilakukan.

 

Bekalan air juga telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 11:35 malam ini dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada permintaan bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan. Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi.

 

Para pengguna yang telah dan akan menerima bekalan air digalakkan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …