STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

7 April 2021, 10:00 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada 6 April 2021.

 

Setakat jam 9:00 malam, sejumlah 28%, bersamaan dengan 16 kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya, daripada keseluruhan 58 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.

 

Peratusan kawasan yang telah pulih sepenuhnya mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

WILAYAH STATUS PEMULIHAN KAWASAN

(%)

Kuala Lumpur 17%
Gombak 67%

 

Senarai kawasan yang masih belum menerima bekalan air sepenuhnya seperti di Lampiran A.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

 

SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH

GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP DI JAJARAN PAIP AIR MENTAH DARI EMPANGAN KLANG GATES DAN MENYEBABKAN HENTI TUGAS SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR BUKIT NANAS DAN WANGSA MAJU

7 APRIL 2020, 9:00 MALAM

 

WILAYAH KUALA LUMPUR

Apartment Putra Ria Jalan Sultan Hishamuddin Persiaran Tuanku Ja’afar
Bukit Bandaraya Jalan Travers Pudu
Bukit Bangsar Jalan Tuanku Abdul Rahman Taman Bandaraya
Bukit Bintang Kampung Attap Taman Bangsar
Bukit Ceylon Kampung Baru Taman Bangsar Baru
Bukit Persekutuan Kampung Datuk Keramat Taman Duta
Bukit Tunku Kampung Padang Merbok Taman Lucky
Chow Kit Kuala Lumpur City Center 1 Taman Sa (Bangsar)
Damansara Height Kuala Lumpur City Center 2 Taman Sa (Damansara)
Dang Wangi & Capsquare Kuala Lumpur City Center 4 Tasik Perdana
Hampshire Park Medan Tuanku Tijani
Imbi Parlimen Titiwangsa Sentral
Jalan Raja Laut Persiaran Sultan Salahuddin

 

 

WILAYAH GOMBAK

Bukit Wangsamas Wangsa Maju Seksyen 1 Wangsa Melawati
KLSC Wangsa Maju

 

 

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …