10 JUN 2021, 8:00 PAGI
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 9:00 malam, 9 Jun 2021.
Justeru itu, bekalan air di 13 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual telah mula disalurkan bermula jam 3:30 pagi, 10 Jun 2021 secara berperingkat-peringkat.
Sehingga jam 7:00 pagi ini, pemulihan bekalan air di 13 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah mencapai tahap 50%. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air. Justeru itu, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Pemulihan sepenuhnya bekalan air ke 13 kawasan yang terjejas dijangka pada jam 8.00 malam, 10 Jun 2021.
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang masih terjejas. Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-