STATUS TERKINI PEMULIHAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL EKORAN PAIP PECAH DI JALAN KUARI, KUALA LUMPUR

10 JUN 2021, 8.00 MALAM

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur pada 9 Jun 2021.

Sehingga jam 7.00 malam, pemulihan bekalan air di 13 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah mencapai tahap 80%.

Walau bagaimanapun, Air Selangor ingin memaklumkan bahawa pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan yang terjejas dijangka mengalami kelewatan dari masa yang dijadualkan. Tempoh pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan terjejas adalah pada jam 6.00 pagi, 11 Jun 2021. Kelewatan pemulihan bekalan air ini disebabkan masalah teknikal di Rumah Pam Perkuat Kuari dan menyebabkan paras kolam masih belum mencapai tahap optimum.

Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang masih terjejas. Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …