Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa insiden paip pecah telah berlaku di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Shah Alam. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip berjalan lancar, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 10:00 malam, 23 September 2021. Penutupan bekalan air ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di enam (6) kawasan di Wilayah Shah Alam. Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Seksyen 18
2. Seksyen 19
3. Seksyen 20
4. Seksyen 23
5. Seksyen 24
6. Seksyen 25
Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6:00 pagi esok, 24 September 2021. Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 24 September 2021.
Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Air Selangor akan turut mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-