2:00 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa insiden paip pecah telah berlaku berhampiran Jejambat Ampang Point, Jalan Ampang. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip berjalan lancar, Air Selangor telah menutup bekalan air pada jam 12.00 tengah hari, 25 September 2021. Penutupan bekalan air ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 41 kawasan di Wilayah Gombak. Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti dalam Lampiran A.
Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari esok, 26 September 2021. Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 12:00 tengah hari, 27 September 2021.
Air Selangor akan turut mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Berikutan Insiden Paip Pecah
di Jalan Ampang Pada 25 September 2021
WILAYAH GOMBAK
25 September 2021 |
|
1 | TAMAN AMPANG JAYA |
2 | KUALA AMPANG |
3 | HOTEL FLAMINGO |
4 | HOSPITAL AMPANG PUTERI |
5 | TAMAN TAR |
6 | HILL SIDE ESTATE |
7 | KG DATO MUFTI |
8 | TAMAN AMPANG INDAH |
9 | TAMAN BUKIT INDAH |
10 | TAMAN TTDI JAYA BUKIT INDAH AMPANG |
11 | TAMAN DAR |
12 | TAMAN AMPANG UTAMA |
13 | KG MELAYU AMPANG |
14 | TAMAN GRANDVIEW AMPANG |
15 | KG BARU AMPANG |
16 | TAMAN SRI MERDEKA |
17 | BANDAR BARU AMPANG |
18 | APARTMENT MESRA RIA |
19 | APARTMENT MESRA PRIMA |
20 | APARTMENT MESRA VILLA |
21 | TAMAN KOSAS |
22 | TAMAN RASMI JAYA |
23 | TAMAN UDA JAYA |
24 | TAMAN PERWIRA AMPANG |
25 | TAMAN SRI AMPANG |
26 | TAMAN WATAN |
27 | TAMAN HALAMAN KESUMA |
28 | TAMAN DAGANG PERMAI |
29 | TAMAN BUKIT AMPANG |
30 | KG MUHIBAH AMPANG |
31 | AMPANG WATERFRONT |
32 | AEON BIG AMPANG |
33 | KG TASIK PERMAI |
34 | KG AMPANG INDAH |
35 | KG INDAH PERMAI |
36 | KG AMPANG CAMPURAN |
37 | TAMAN FAIZURA AMPANG |
38 | TAMAN PERMAI JAYA AMPANG |
39 | KG/ TAMAN TASEK TAMBAHAN |
40 | TAMAN SRI BAYU AMPANG |
41 | TAMAN SRI BARU AMPANG |