Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Di Wilayah Gombak

1:00 TENGAH HARI

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa status terkini pemulihan bekalan air di 41 kawasan yang terjejas dengan kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point.

Sehingga jam 1:00 tengah hari, pemulihan bekalan air di 41 kawasan yang terjejas telah mencapai 71%. Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam, 26 September 2021.

Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

LAMPIRAN A 

Senarai Kawasan Belum Pulih Berikutan

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Yang Disebabkan Oleh Insiden Paip Pecah

di Jalan Ampang Pada 26 September 2021

 

WILAYAH GOMBAK

26 September 2021

1 TAMAN BUKIT INDAH
2 TAMAN TTDI JAYA BUKIT INDAH AMPANG
3 TAMAN DAGANG PERMAI
4 KG TASIK PERMAI
5 KG AMPANG INDAH
6 KG INDAH PERMAI
7 KG AMPANG CAMPURAN
8 TAMAN FAIZURA AMPANG
9 TAMAN PERMAI JAYA AMPANG
10 KG/ TAMAN TASEK TAMBAHAN
11 TAMAN SRI BAYU AMPANG
12 TAMAN SRI BARU AMPANG

 

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …