11:30 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa
kesemua 463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat
yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual yang disebabkan oleh henti tugas
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) berikutan insiden pencemaran bau di
Sungai Semenyih telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 11:00 malam, 17
Disember 2021.
Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran
dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air
menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter,
Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. Sebarang pertanyaan dan
aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre
di aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-