Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Di Wilayah Hulu Langat dan Berikutan Henti Tugas LRA Cheras Batu 11 Disebabkan Oleh Insiden Banjir

7:00 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air bagi 28 kawasan di Wilayah Hulu Langat yang terjejas berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 (LRA Cheras Batu 11) disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada 19 Disember 2021.

Untuk makluman para pengguna, pihak Air Selangor mengalami masalah teknikal yang telah menyebabkan loji tidak dapat beroperasi dengan kapasiti optimum pada ketika ini. Oleh dengan itu, jangkaan masa pemulihan penuh baharu bekalan air bagi kawasan-kawasan yang masih lagi terjejas adalah pada 6:00 petang, 24 Disember 2021.

Setakat jam 6:00 petang hari ini, sebanyak 5 kawasan daripada 28 kawasan yang terjejas di Hulu Langat, iaitu Taman Seri Sungai Long, Taman Sri Indah Cheras, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Taman Taming Maju dan Taman Cheras Jaya, telah pulih sepenuhnya. Kawasankawasan terjejas yang masih belum pulih adalah seperti di lampiran A.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki. Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakan air secara berhemat bagi memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air mengikut jadual.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Lampiran A

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …