8:00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air di 47 kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling berikutan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil pada 21 Jun 2022 telah pulih sepenuhnya pada jam 7:00 pagi, 22 Jun 2022.
Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-