Air Selangor Tingkatkan Usaha Membantu Komuniti Yang Memerlukan Menerusi Program Sesama Mara

Kuala Lumpur – Sempena sambutan Hari Kebangsaan bulan ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meneruskan usaha murni bagi berkongsi kegembiraan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara dengan menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah kebajikan dan komuniti setempat.

Dalam komitmen berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan, Air Selangor telah mengagihkan barangan makanan asas seperti beras, minyak, gula, barangan kering dan tepung serta barangan keperluan asas lain kepada tiga rumah kebajikan iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pusat Jagaan Anbe Sivam dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Selain daripada barangan makanan asas, Air Selangor juga memberikan bantuan pembaikan paip dalaman secara percuma untuk penghuni rumah-rumah kebajikan tersebut.

Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital melalui www.airselangor.com/boxofhope/. Box of Hope versi digital ini adalah lanjutan daripada inisiatif Box of Hope yang dilancarkan pada Jun 2020 bagi membantu golongan B40 yang terkesan oleh pandemik COVID-19.  Langkah ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan menerusi transaksi pembayaran secara dalam talian tanpa perlu berkunjung ke pusat agihan Box of Hope yang terletak di cawangan Village Grocer terpilih.

Sehingga Jun 2022, lebih daripada 2,000 kotak Box of Hope dengan nilai sumbangan melebihi RM175,000 telah diagihkan kepada komuniti B40 dan rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengagihan kotak Box of Hope dilaksanakan hasil kerjasama bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan penumpuan khusus untuk komuniti B40.

Kaedah sumbangan Box of Hope sedia ada dalam bentuk pembelian fizikal barangan asas masih boleh dilakukan di lima (5) lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall Ampang. Orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan menyertakan nota catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope.

Dalam pada itu, selain daripada inisiatif Box of Hope, Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian, hasil kerjasama dengan Taylor’s Me.Reka Makerspace, sebuah hab pembelajaran yang diasaskan oleh Taylor’s University bagi menghasilkan unit peranti digital yang dapat membantu anak-anak komuniti B40 dalam sesi pembelajaran dalam talian.

Melalui usaha ini, 100 unit peranti akan diagihkan ke 10 buah pusat komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu sesi pembelajaran secara atas talian bagi anak-anak keluarga B40.

Kesemua inisiatif yang dilaksanakan ini adalah di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara bertujuan untuk membantu komuniti akar umbi di samping memperkukuhkan lagi hubungan Air Selangor bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …