2:00 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemuihan bekalan air berikutan henti tugas sementara empat (4) loji rawatan air iaitu LRA Rantau Panjang serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
Sehingga jam 12:00 tengah hari, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 52%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Bil. | Wilayah | Peratusan Pemulihan (%) |
1. | Petaling | 41% |
2. | Gombak | 99% |
3. | Hulu Selangor | 100% |
4. | Klang | 4% |
5. | Shah Alam | 18% |
6. | Kuala Langat | 0% |
7. | Kuala Selangor | 36% |
Senarai kawasan-kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di LAMPIRAN A.
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.
Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Pengguna juga boleh merujuk saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-