AIR SELANGOR BEKAL AIR TERAWAT KEPADA 280 PENDUDUK KAMPUNG ORANG ASLI

Kuala Lumpur – Sebagai usaha untuk memastikan agar semua rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air terawat yang bersih dan selamat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah menyempurnakan projek untuk mengagihkan bekalan air terawat kepada 280 pengguna daripada dua perkampungan orang asli di Bukit Lagong, Gombak dan Bukit Kechil, Kuala Langat.

Projek ini telah bermula pada 9 November 2020 dan siap sepenuhnya pada 9 Mac 2021 dengan objektif untuk meningkatkan liputan bekalan air terawat kepada dua kampung orang asli tersebut yang sebelum ini hanya mendapatkan bekalan air daripada sumber semula jadi. Ini juga selari dengan aspirasi Air Selangor dalam mendukung salah satu Matlamat Pembangunan Mampan atau ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Matlamat Air Bersih dan Sanitasi (SDG 6).

Menerusi projek ini, Air Selangor telah melaksanakan pemasangan sistem perpaipan di kawasan yang terlibat untuk menyalurkan bekalan air daripada sumber air terawat yang berdekatan. Inisiatif ini juga bertujuan untuk memastikan para penduduk di kedua-dua perkampungan ini mempunyai bekalan air alternatif untuk digunakan ketika musim kemarau.

Projek ini juga merupakan sebahagian daripada Program “Extension of Supply – Towards 100% Supply Coverage”, yang memberi tumpuan khusus dalam menyediakan infrastruktur perpaipan ke kawasan-kawasan yang memerlukan. Ini merupakan komitmen berterusan Air Selangor di bawah Pelan Perniagaan 30 tahunnya dalam memastikan bekalan air yang bersih, selamat dan lestari untuk semua pengguna.

Menerusi program ini juga, beberapa kawasan penting telah dikenal pasti dan pelaksanaan pemasangan sistem perpaipan dan meter air akan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dijadualkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter. Untuk sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada Help Centre di laman sesawang dan aplikasi Air Selangor atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …