AIR SELANGOR BERJAYA TERBIT SRI SUKUK KELESTARIAN AIR SELANGOR BERNILAI RM900.0 JUTA DI BAWAH PROGRAM SUKUK MURABAHAH BERNILAI RM10.0 BILION

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (“Air Selangor”) telah berjaya menyempurnakan penerbitan SRI Sukuk Kelestarian Air Selangor (“SRI Sukuk”) bernilai RM900.0 juta merangkumi 4 siri sepanjang 7 tahun hingga 20 tahun yang merupakan bahagian ketiga di bawah Program Sukuk Murabahah sedia ada yang  bernilai RM10.0 bilion. Penerbitan SRI Sukuk ini mencatatkan lebihan langganan sebanyak 1.7 kali.

Hasil daripada SRI Sukuk akan dimanfaatkan untuk membiayai projek yang layak dan mematuhi Kerangka Sukuk Kelestarian Pembangunan Lestari Air Selangor. Projek yang layak termasuk, antara lain, projek bekalan air lestari (termasuk pembangunan Skim Bekalan Air Rasau) dan pengurusan air lestari yang selari dengan usaha dan komitmen Air Selangor untuk mewujudkan sistem bekalan air yang lestari untuk generasi akan datang.

Suhaimi Kamaralzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor berkata, “Lebihan langganan daripada penerbitan SRI Sukuk ini merupakan bukti keyakinan pelabur terhadap Air Selangor serta kejayaan pelaburan lestari yang kukuh dalam pasaran secara umumnya. Ini mencerminkan lagi kekuatan kredit SRI Sukuk kami dan keinginan pelabur untuk menyokong agenda lestari yang memberi kesan positif kepada alam sekitar dan komuniti. Dengan penerbitan SRI Sukuk baharu ini, kami berada di landasan yang tepat ke arah menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia menjelang 2030.”

Bank Islam Malaysia Berhad serta CIMB Investment Bank Berhad merupakan Pengurus Utama Bersama (JLM) yang memainkan peranan penting dalam proses penerbitan, sekaligus menyumbang kepada kejayaan ini.

Program Sukuk Murabahah ini memperkukuhkan lagi penilaian jangka panjang dan pendek AAA dengan unjuran stabil dan P1 oleh RAM Rating Services Sdn Bhd pada 13 September 2021. Penilaian AAA ini mencerminkan keunggulan keselamatan bagi proses pembayaran bagi tanggungan kewangan manakala penilaian P1 mencerminkan tahap keselamatan tertinggi bagi proses pembayaran bagi tanggungan kewangan dalam jangka pendek.

Untuk maklumat lanjut mengenai Air Selangor, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …