Air Selangor Lancar Kempen ‘Water Conservation Hero’

12:00 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) baru-baru ini telah melancarkan kempen ‘Water Conservation Hero’ bagi meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan air dalam kalangan generasi muda serta 9.1 juta penggunanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kempen ini bertujuan untuk menyemai nilai kepentingan air sebagai sumber yang berharga dalam aktiviti harian dan bagaimana pemuliharaan air boleh membantu memastikan bekalan air yang mampan untuk semua.

Kempen ini bermula di Sekolah Sri Bestari, Bandar Sri Damansara yang melibatkan penyertaan lebih 400 pelajar dan guru. Dalam memberikan pendedahan awal serta mendidik pelajar sekolah berumur 7 hingga 17 tahun mengenai penggunaan air dengan bijak, Air Selangor telah memasang papan pameran dan demonstrasi di tapak untuk para pelajar mengetahui lebih lanjut tentang tip dan amalan pemuliharaan air dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Satu pertandingan turut akan diadakan bagi menjana idea yang lebih kreatif dan penglibatan secara aktif dalam kalangan pelajar bagi usaha pemuliharaan air.

Sehubungan dengan kempen tersebut, wakil pelajar juga akan dilatih sebagai jurucakap awam untuk Air Selangor dalam menjadi ‘wira’ penyebaran maklumat tentang tip penjimatan air melalui Program Kesedaran Antara Sekolah. Program ini akan melibatkan wakil pelajar untuk berbicara kepada rakan-rakan dari sekolah-sekolah yang lain bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang pemuliharaan air.

Menerusi kempen selama 12 bulan ini, Air Selangor akan disertai oleh sekolah-sekolah lain iaitu Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kinrara Puchong.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini atau berhubung dengan Air Selangor untuk aktiviti pemuliharaan air, sila hubungi water.conservation@airselangor.com.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …