7:00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua kawasan-kawasan yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas (LRA Bukit Nanas) akibat insiden peningkatan warna dalam air terawat di LRA Bukit Nanas telah pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam, 24 Jun 2024 (Isnin).
Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-