Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24, Shah Alam telah menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, hari ini.
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
– TAMAT –