3:30 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor iaitu Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) disebabkan oleh insiden pencemaran minyak di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam telah pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang, 12 Ogos 2022.
Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-