6:30 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat berikutan kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 8 Januari 2021, telah pulih sepenuhnya pada jam 6:00 petang tadi.
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
-TAMAT-