8:30 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah disebabkan oleh pihak ketiga di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras telah siap dilaksanakan pada jam 11:00 malam, 8 Januari 2021.
Bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 2:00 pagi ini. Sehingga jam 7:00 pagi hari ini, status pemulihan bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat telah mencapai tahap 57%. Berikut adalah status pemulihan mengikut wilayah:
Wilayah | Peratus Pemulihan |
Kuala Lumpur | 10% |
Petaling | 70% |
Hulu Langat | 90% |
Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bagi memastikan para pengguna mendapat bekalan air dengan segera terutama dalam situasi pandemik COVID-19. Pemulihan bekalan air di semua kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
Bekalan air di Wilayah Kuala lumpur, Petaling dan Hulu Langat dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 petang, hari ini.
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki sedang giat digerakkan kepada para pengguna yang terjejas.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
– TAMAT –