Bekalan Air di Wilayah Kuala Lumpur Pulih Sepenuhnya

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan
bahawa bekalan air di 50 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur berikutan
insiden paip pengepaman bocor di Rumah Pam Segambut, Kuala Lumpur pada 10
Oktober 2021 telah pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang, 11 Oktober 2021.

Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas
kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak
berjadual ini.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air
menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor,
Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com. Sebarang
pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian
15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …