6:00 PM
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa semua kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling berikutan insiden paip air terputus di Damansara Utama disebabkan oleh tanah runtuh telah menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 5:15 petang tadi. Manakala, bekalan air di kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi tadi.
Air Selangor menyarankan pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
– TAMAT –