29 Disember 2020, 10:00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa berlaku kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 1:00 petang, 29 Disember 2020. Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling. Sila rujuk Lampiran A bagi kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 9.00 malam pada hari yang sama, dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
– TAMAT –
LAMPIRAN A
SENARAI KAWASAN YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP UTAMA PECAH – 29 DISEMBER 2020
PETALING REGION | ||
Bandar Kinrara | SS12 | Taman Puchong Permai |
Bandar Puchong Jaya | SS13 | Taman Puncak Kinrara |
Glenmarie | SS14 | Taman Tasik Prima |
Hicom Glenmarie | SS15 | Taman Tenaga |
Hyatt Saujana | SS16 | TUDM Kinrara |
Jalan Puchong Batu 7 | SS17 | USJ 2/3 |
Jalan Puchong Batu 8 | SS18 | USJ 2/5C |
Jalan Puchong Batu 9 | SS19 | USJ 2/6 |
Jalan Puchong Batu 10 | Taman Alam Sutera | USJ 2/6A |
Jalan Puchong Batu 11 | Taman Amansari | USJ 2/6B |
Jalan Puchong Batu 12 | Taman Bukit Kuchai | USJ 2/7 |
Jalan Puchong Batu 13 | Taman Damai Utama | USJ 3/1 |
Jalan Subang Airport | Taman Impian Indah | USJ 3/1D |
Kampung Bohol | Taman Kandan Baru | USJ 3/1E |
Kampung Lembah Kinrara | Taman Kasawari | USJ 3/1F |
Kampung Pasir Batu 14 Jalan Puchong | Taman Kinrara | USJ 3/1G |
Kampung Tengah Puchong | Taman Lake Edge | USJ 3/1H |
Lembah Subang PJU 1A | Taman LTAT | USJ 3/2 |
One Puchong | Taman Maju Jaya | USJ 3/2A |
PPR Pinggiran Bukit Jalil | Taman Metro Puchong | USJ 3/2B |
Puchong Mesra | Taman Mutiara Bukit Jalil | USJ 3/2C |
Pusat Bandar Puchong | Taman Perindustrian Puchong Utama | USJ 3/2D |
Sirim | Taman Puchong Indah | USJ 3/2J |
SS 7 | Taman Puchong Perdana | Zero Lot Temasya Glenmarie |
KLANG/SHAH ALAM REGION | ||
Bandar Putera 2 | Kampung Kastam | Taman Bayu Tinggi |
Bandar Puteri | Ken Rimba | Taman Berembang |
Batu Tiga | Kg Jawa | Taman Bijaya Kg. Jawa |
Bukit Kuda & Jalan Batu 3 Lama | Kg. Pendamar | Taman Chi Liung |
Jalan Dato’ Hamzah | Kota Pendamar | Taman Desawan |
Jalan Istana | Lorong Tingkat & Rembau | Taman Gembira |
Jalan Kota | Pandamaran | Taman Intan |
Jalan Kota Raja | Persiaran Raja Muda Musa | Taman Klang Jaya |
Jalan Padang | Seksyen 15 | Taman Palm Groove |
Jalan Raja Lumu | Seksyen 16 & Padang Jawa | Taman Pendamar Indah |
Jalan Raya Barat | Seksyen 17 | Taman Selatan |
Jalan Raya Timur | Seksyen 18 | Taman Sentosa |
Jalan Stesen & Solok Besar | Seksyen 19 | Taman Sri Andalas |
Jalan Tengku Badar | Seksyen 20 | Taman Summit |
Jalan Tengku Diauddin | Seksyen 23 | Taman Suria Pendamar |
Jalan Tengku Kelana | Seksyen 24 | Teluk Pulai |
Jalan Tepi Sungai | Seksyen 25 | Tmn Petaling Indah |
Jln Kem | Subang Height | Tmn Radzi Teluk Gadong Besar |
Jln Raja Nong | Subang Hitech | – |
Johan Setia | Taman Bayu Perdana | – |