Gangguan Bekalan Air Akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas (LRA Bukit Nanas) Berikutan Peningkatan Warna dalam Air Terawat

9:00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas (LRA Bukit Nanas) pada 21 Jun 2024 (Jumaat) berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat di LRA Bukit Nanas.

Sehingga jam 8:00 pagi, 22 Jun 2024 (Sabtu), proses pemulihan parameter kualiti air sedang giat dijalankan untuk menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan. Senarai kawasan yang terjejas adalah seperti di Lampiran A.

Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …