Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam Berikutan Kekeruhan Air Mentah yang Tinggi Akibat Aliran Kepala Air di Sungai Bernam

1:00 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam (LRA Sungai Bernam) berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam awal hari ini.

Berikutan kejadian ini, para pengguna di sebahagian kawasan di wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air. Sila lihat Lampiran A untuk senarai penuh kawasan yang terjejas.

Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …