Henti Tugas Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 (LRA Cheras Batu 11), Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) dan Hentitugas Separa Loji Rawatan Air Sg Langat (LRA Sg Langat) Berikutan Insiden Banjir

12:30 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan dua loji
rawatan air terpaksa dihenti tugas dan satu loji beroperasi pada pengeluaran separa
berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir. Bagi LRA Langat 2, berlaku
penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan yang mengakibatkan
ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2. Di LRA Sg Langat, peningkatan paras kekeruhan air yang
tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40% daripada pengeluaran harian
manakala LRA Cheras Batu 11 terpaksa di henti tugas berikutan banjir.

Berikutan henti tugas loji-loji rawatan air ini, sebanyak 472 kawasan di tiga (3) Wilayah iaitu
Wilayah Petaling, Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Hulu Langat mengalami gangguan
bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan yang terjejas adalah seperti di Lampiran A. Para
pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang
http://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor.

Jangkaan untuk Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 (LRA Cheras Batu 11), Loji Rawatan Air Langat
2 (LRA Langat 2) dan LRA Sg. Langat beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan
buat masa ini.

Disebabkan oleh kesulitan yang dialami di mana kebanyakan jalan utama ditutup berikutan
situasi banjir yang meningkat, Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air
alternatif melalui lori tangki air kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasankawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke
semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk
kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram
dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan
aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan
aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Lampiran A

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …