Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) Berikutan Insiden Pencemaran Bau Di Muka Sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir

5:00 petang

Kuala Lumpur – Berikutan kenyataan rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenai insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) pada jam 12:15 tengah hari, 30 April 2022.

Walaubagaimanapun, memandangkan bacaan pencemaran bau telah berada pada tahap 0 ton pada jam 4 petang, 30 April 2022, LRA Sg Semenyih sudah mula beroperasi bagi memulakan proses pembersihan. Bekalan air bersih dan terawat dijangka akan dapat disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna bermula jam 12.30 pagi, 1 Mei 2022.

Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.  Sila rujuk Lampiran A bagi kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

-TAMAT-

 

 

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …