3:30 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan susulan insiden injap pecah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 12:30 tengah hari, 4 Ogos 2023 (Jumaat).
Bekalan air sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari, 5 Ogos 2023 (Sabtu). Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-