7.00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor telah siap dilaksanakan pada jam 3:00 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa).
Bekalan air sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya mengikut kumpulan seperti dalam jadual berikut:
Kumpulan |
Anggaran Waktu Pemulihan Penuh |
Senarai Kawasan |
1 | 12:00 am, 24 Mei 2023 (Rabu) | Lampiran A |
2 | 9:00 pm, 24 Mei 2023 (Rabu) | Lampiran B |
Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.
Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-