KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PEMASANGAN INJAP BAHARU DI WILAYAH SABAK BERNAM SIAP DILAKSANAKAN

16 DISEMBER 2020, 8:30 MALAM

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian enam (6) unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu (1) injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang telah siap dilaksanakan pada jam 8:00 malam, hari ini.

Pada masa ini, Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bekalan air untuk memastikan para pengguna menerima bekalan air pada jam 8:30 malam dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 2:00 pagi, 17 Disember 2020. Para pengguna dinasihatkan untuk membuka pili air dan membiarkan air mengalir seketika sehingga air jernih sebelum menggunakan air.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …