KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA JAJARAN PAIP AIR MENTAH DI EMPANGAN KLANG GATES TELAH SIAP DILAKSANAKAN

6 April 2021, 9:30 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju telah siap dilaksanakan pada jam 9.00 malam mengikut jadual.

 

Air Selangor kini sedang menstabilkan sistem loji rawatan air terlebih dahulu sebelum bekalan air boleh disalurkan kepada pengguna. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat-peringkat dan berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi.

 

Para pengguna yang telah dan akan menerima bekalan air digalakkan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …