Kerja-Kerja Penyenggaraan Aset Air Selangor Secara Berjadual di Wilayah Hulu Langat Akan Dilaksanakan Mengikut Jadual

6:00 petang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual bagi penggantian injap di tiga (3) lokasi iaitu di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines akan dilaksanakan pada jam 9:00 malam hari ini mengikut jadual seperti yang telah diumumkan pada 17 September 2021. Justeru itu, lima (5) kawasan di Wilayah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A. Pengguna juga boleh merujuk kepada laman pautan hentitugas.airselangor.com 

Kerja-kerja ini ini dijangka akan siap pada jam 6:00 pagi, 29 September 2021. Berikutan itu, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 30 September 2021.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor akan menyediakan bantuan air alternatif ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

LAMPIRAN A

Senarai Lima (5) Kawasan di Wilayah Hulu Langat Yang Terlibat Dengan Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Penggantian Injap

Pada 28 September 2021

 

KAWASAN TERJEJAS
1 Balakong
2 Green Park Resident
3 Bandar Sungai Long (SL 6, 9, 10, 11)
4 Taman Bukit Palma
5                                        Bandar  Mahkota Cheras                                            (Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Mahkota)

 

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …