Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual di Wilayah Petaling Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Penambahbaikan Sistem Bekalan Air di Kolam Air Bukit Dengkil

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 47 kawasan di Wilayah Petaling bermula jam 9:00 pagi, 21 Jun 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 22 Jun 2022. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A.

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 9:00 malam, 21 Jun 2022 secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja menaiktaraf dan penyenggaraan siap seterusnya sistem agihan bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 22 Jun 2022. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Oleh yang demikian, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing akan dibuka di satu stesen pengisian air setempat. Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air tersebut di Jalan TPP 5/17, Taman Perindustrian Puchong.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …