7:00 pm
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam bermula jam 10:00 malam, 24 Mac 2023 (Jumaat). Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A.
Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu). Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat apabila sistem bekalan air distabilkan setelah kerja-kerja pembaikan siap. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Oleh yang demikian, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-