Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam akan dilaksanakan bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021. Berikutan kerja pengalihan dan penyambungan paip ini, sebanyak 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, 4 kawasan di Wilayah Klang dan 10 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 14 Januari 2021. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Pelaksanaan kerja-kerja ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum. Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
WILAYAH SHAH ALAM | ||
BANDAR PUTRA HEIGHTS | PINGGIRAN SUBANG USJ 3 | SEKSYEN 32 |
BUKIT NAGA DAN SEKSYEN 34 | SEKSYEN 22 | SEKSYEN 33 |
BULATAN BATU 4-8 JALAN BUKIT KEMUNING | SEKSYEN 26 | TAMAN AMG BATU 5 BUKIT KEMUNING |
DESA LATANIA (SEKSYEN 36) | SEKSYEN 27 | TAMAN BUKIT RIMAU |
JALAN BUKIT RIMAU | SEKSYEN 28 | TAMAN DESA KEMUNING |
KAMPUNG BUKIT LANCHONG | SEKSYEN 29 | TAMAN KANDIS PERMAI |
KAMPUNG KEBUN BUNGA DAN BATU TIGA | SEKSYEN 30 | TAMAN SUBANG MAS DAN SUBANG HITECH |
KAMPUNG SUNGAI KANDIS | – | – |
WILAYAH KLANG | ||
BANDAR PUTERA | KAMPUNG JAWA | TAMAN MAZNAH |
JALAN SAMARINDA (TAMAN MESRA INDAH) | – | – |
WILAYAH PETALING | ||
PINGGIRAN USJ 1 | TAMAN PERINDUSTRIAN SIME UEP 7 (TP 7) | USJ 3 C |
PINGGIRAN USJ 2 | USJ 3 A | USJ 3 D |
PINGGIRAN USJ 3 | USJ 3 B | USJ HEIGHT |
SUBANG HEIGHT | – | – |