12:00 PM
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa telah berlaku kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari 2021 yang lalu. Berikutan itu, Air Selangor perlu menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut dan untuk memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, bekalan air di kawasan yang terlibat akan ditutup bermula jam 1:00 tengah hari, 8 Januari 2021.
Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 121 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat. Sila rujuk Lampiran A bagi kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Kerja – kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 3:00 pagi, 9 Januari 2021, dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
– TAMAT –
LAMPIRAN A
SENARAI KAWASAN YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP PECAH DI CHERAS – 8 JANUARI 2021 |
||
WILAYAH KUALA LUMPUR | ||
Angsana Hilir | Jln Maharaja Lela | Sebahagian Bandar Tasik Permaisuri |
Bandar Tun Razak | Jln Merlimau, Pudu | Sebahagian Jln Ampang dari Persimpangan Jln Ampang & Jln Tun Razak sehingga MRR2 |
Bayu Segar | Jln Nilam, Pudu | Sebahagian Jln Cheras dari Persimpangan Jln Pudu hingga Bulatan MRR2 |
Bukit Segar | Jln Nipah | Sebahagian Jln Tun Razak daripada Persimpangan Ampang Park hingga Persimpangan Jln Pudu |
Chan Sow Lin | Jln Pauh, Pudu | Sebahagian Pudu |
Dataran F&N | Jln Peel | Sierra Seputeh |
Desa Pahlawan | Jln Ritchie | Stor Istiadat JKR |
Desa Tun Razak | Jln Robson | Stor Wilayah KL Air Selangor |
Excella Business Park | Jln San Peng, Pudu | Tmn Alam Jaya |
Gapena | Jln Sg Besi | Tmn Bkt Seputeh |
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri | Jln Talalla, Kampung Attap | Tmn Cheras Awana |
Jln & Lorong Ampang Ulu | Jln Tepian Loke Yew, Pudu | Tmn Cheras Permata |
Jln & Persiaran Syed Putra | Jln Wisma Putra, Kampung Attap | Tmn Cheras Zen |
Jln Ampang 2 | Jln. Lrg & Psn Jublee, Pudu | Tmn Cirrus Taynton |
Jln Ampang Kiri | Kem FRU | Tmn Cuepacs |
Jln Baiduri, Pudu | Kem PGA | Tmn Emas Cheras |
Jln Belfield, Kampung Attap | Kg Bellamy, Bukit Petaling | Tmn Fern Grove |
Jln Bellamy, Bukit Petaling | Kg Pandan | Tmn Gemilang |
Jln Berembang | Kg Pandan Dalam | Tmn Hijauan Residen |
Jln Bukit Petaling, Bukit Petaling | Kg Pandan Luar | Tmn Ikan Emas |
Jln Cheras Bt 7 – Bt 9 | Kg Perwira Jaya | Tmn Jaya |
Jln Chin Chin, Pudu | KL Sentral | Tmn Koperasi Cuepacs |
Jln Choo Cheng Kay, Kampung Attap | Kuarters JKR Salak Selatan | Tmn Masria |
Jln Cochrane | Lorong 4, Ampang Hilir | Tmn Miharja |
Jln Dewan Bahasa, Bukit Petaling | Lorong Ampang 2 | Tmn Mudun |
Jln Gajus, Pudu | Lorong Delapan, Kg Pandan | Tmn Mulia |
Jln Gandek, Pudu | Lorong Meranti, Pudu | Tmn Mutiara Barat |
Jln Gelugor, Pudu | Lorong Merbau, Pudu | Tmn Persiaran Desa |
Jln Hilir 1 – 5 (Angsana Hilir) | Masera Bukit Segar | Tmn Segar |
Jln Jelatek | Pandan Prima | Tmn Seputeh |
Jln Kenanga, Pudu | Pejabat Operasi Air Selangor | Tmn Seputeh Height |
Jln Kerayong, Bukit Petaling | Pejabat Operasi Jkr | Tmn Sunway Cheras |
Jln Kuda Lari | Pinggiran Bukir Segar | Tmn Taynton View |
Jln Langgak Golf | Razak Mansion | Tmn Tenaga |
Jln Lapangan Terbang Lama | Robson Height | Tmn Wangsa Cheras |
Jln Loke Yew | Salak Selatan | TUDM Sg Besi |
WILAYAH PETALING |
Perumahan Polis Taman Desa Tasek Sungai Besi |
Masjid Al Muqarabbin Desa Tasek |
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Desa Tasek |
Desa Tasek |
Kondominium Midfield Jalan Sungai Besi |
Perumahan Tentera Jalan Labuan, Bandar Tasek Selatan |
Kondominium Midfield Tasek Height Jalan 30/146, Desa Tasek |
WILAYAH HULU LANGAT |
Taman Sri Mujur |
Taman Suntex |
Taman Cheras Permai |
Taman Sg Sering |
Taman Orkid |
You Vista |