Pelaksanaan Kerja-kerja Kecemasan Bagi Pembaikan Paip Pengepaman Bocor di Rumah Pam Segambut, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan
bahawa insiden kebocoran paip pengepaman telah berlaku di Rumah Pam Segambut,
Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembaikan paip bocor ini telah siap dilaksanakan pada jam
5:40 petang tadi.

Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih
sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 11 Oktober 2021.

Insiden ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 50 kawasan di
Wilayah Kuala Lumpur. Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini seperti di Lampiran A.

Air Selangor juga telah menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan
keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan
upacara pengkebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan
sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki
ini.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air
Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web
www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Pembaikan Paip Rumah Pam Air Segambut

 

1. Anjung Tiara
2. Bandar Baru Sentul
3. Bukit Prima Pelangi
4. Bukit Segambut
5. Bukit Tunku
6. Dutamas
7. Istana Negara
8. Jalan Ipoh
9. Kampung Batu
10. Kampung Batu Delima
11. Kampung Batu Muda
12. Kampung Melayu Segambut
13. Kampung Segambut Bahagia Tambahan
14. Kampung Segambut Dalam
15. Kampung Segambut Tengah
16. Kampung Sri Batu
17. Kem Batu Kentomen
18. Mont Kiara (Kiara 9, Ceriaan Kiara & Kiara 1888)
19. Mont Kiara (Mont Kiara Palma Hingga Bayu, Banyan, Aman & Damai)
20. Mont Kiara (Stesen Minyak Shell PLUS Highway Jalan Duta)
21. Segambut
22. Segambut Bahagia
23. Segambut Bahagia Tambahan
24. Segambut Jaya
25. Sentul (Ampat Tin)
26. Seri Duta
27. Solaris Mont Kiara
28. Taman Bamboo
29. Taman Bukit Sri Bintang
30. Taman City
31. Taman Desa Segambut
32. Taman Eastern
33. Taman Flora Impian
34. Taman Impian
35. Taman Kaya
36. Taman Kok Lian
37. Taman Niaga Waris
38. Taman Prima Impian
39. Taman Rainbow
40. Taman Segambut
41. Taman Segambut Aman
42. Taman Segambut Damai
43. Taman Segambut Indah
44. Taman Segambut Muda
45. Taman Seri Bukit Segambut
46. Taman SPPK Segambut
47. Taman Sri Bintang
48. Taman Sri Kuching
49. Taman Sri Sinar
50. Taman Tunku

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …