Status Terkini Gangguan Bekalan Air Akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah

8 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

 

Sehingga jam 7:30 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 83.5%. Jadual pecahan jangkaan masa dan peratusan pemulihan bekalan air mengikut kumpulan adalah seperti berikut:

 

Kumpulan Peratusan Pemulihan
Kumpulan 1 100%
(Pulih sepenuhnya)
Kumpulan 2  76.0%
(Pemulihan penuh dijangka 8:00 malam, 25 Julai 2024)
Kumpulan 3  53.6%
(Pemulihan penuh dijangka pada 8:00 pagi, 26 Julai 2024)

 

Bagi Kumpulan 1, bekalan air di kawasan yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada jam 7:30 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis). Seterusnya bagi Kumpulan 2, pemulihan penuh dijangka pada pada jam 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis), manakala bagi Kumpulan 3, pemulihan penuh dijangka pada jam 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

 

Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

 

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

 

Air Selangor terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi 16 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai di Lampiran B.

 

Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor wilayah Sepang atau Hulu Langat. Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua (2) stesen pengisian air yang telah dibuka di Braemar Estet (wilayah Hulu Langat) dan Taman Gemilang Dengkil (wilayah Sepang).

 

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …