Status Terkini Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam Berikutan Kekeruhan Air Mentah yang Tinggi Akibat Aliran Kepala Air di Sungai Bernam

7:00 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam (LRA Sungai Bernam) berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam.

 

Sehingga jam 6:00 petang, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 73.3%. Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah malam, 26 Ogos 2024 (Isnin). Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di Lampiran A.

 

Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

 

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas akan diteruskan dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

 

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …