7:00 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point masih lagi sedang giat dijalankan. Setakat jam 6.00 petang ini, kerja pembaikan berada pada tahap 70 peratus. Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 10.00 malam ini dan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada kawasan yang terjejas. Berikutan kerja-kerja dijangka siap lebih awal daripada yang dimaklumkan sebelum ini, maka pemulihan bekalan air sepenuhnya juga dijangka lebih awal iaitu pada jam 10.00 malam, 26 September 2021. Senarai 41 kawasan di Wilayah Gombak yang mengalami gangguan air tidak berjadual ini boleh dirujuk pada Lampiran A.
Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki terus digerakkan di kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Berikutan Insiden Paip Pecah
di Jalan Ampang Pada 25 September 2021
WILAYAH GOMBAK
25 September 2021 |
|
1 | TAMAN AMPANG JAYA |
2 | KUALA AMPANG |
3 | HOTEL FLAMINGO |
4 | HOSPITAL AMPANG PUTERI |
5 | TAMAN TAR |
6 | HILL SIDE ESTATE |
7 | KG DATO MUFTI |
8 | TAMAN AMPANG INDAH |
9 | TAMAN BUKIT INDAH |
10 | TAMAN TTDI JAYA BUKIT INDAH AMPANG |
11 | TAMAN DAR |
12 | TAMAN AMPANG UTAMA |
13 | KG MELAYU AMPANG |
14 | TAMAN GRANDVIEW AMPANG |
15 | KG BARU AMPANG |
16 | TAMAN SRI MERDEKA |
17 | BANDAR BARU AMPANG |
18 | APARTMENT MESRA RIA |
19 | APARTMENT MESRA PRIMA |
20 | APARTMENT MESRA VILLA |
21 | TAMAN KOSAS |
22 | TAMAN RASMI JAYA |
23 | TAMAN UDA JAYA |
24 | TAMAN PERWIRA AMPANG |
25 | TAMAN SRI AMPANG |
26 | TAMAN WATAN |
27 | TAMAN HALAMAN KESUMA |
28 | TAMAN DAGANG PERMAI |
29 | TAMAN BUKIT AMPANG |
30 | KG MUHIBAH AMPANG |
31 | AMPANG WATERFRONT |
32 | AEON BIG AMPANG |
33 | KG TASIK PERMAI |
34 | KG AMPANG INDAH |
35 | KG INDAH PERMAI |
36 | KG AMPANG CAMPURAN |
37 | TAMAN FAIZURA AMPANG |
38 | TAMAN PERMAI JAYA AMPANG |
39 | KG/ TAMAN TASEK TAMBAHAN |
40 | TAMAN SRI BAYU AMPANG |
41 | TAMAN SRI BARU AMPANG |