7:30 PAGI
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Sehingga jam 7.00 pagi, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 92.2%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air di wilayah adalah seperti berikut:
No | Wilayah | Peratusan Pemulihan (%) |
1. | Kuala Langat | 100 |
2. | Putrajaya | 100 |
3. | Sepang | 100 |
4. | Hulu Langat | 92.6 |
5. | Petaling | 81.4 |
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, 6 September 2021. Senarai 36 kawasan yang masih belum pulih seperti di Lampiran A.
Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air akan terus digerakkan kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL BERIKUTAN HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH AKIBAT PENCEMARAN BAU DI SUNGAI SEMENYIH
SENARAI KAWASAN BELUM PULIH
SETAKAT 5 SEPTEMBER 2021, 7:00 PAGI
KUMPULAN 1
SEPANG |
||
KAWASAN | PEMULIHAN KAWASAN | STATUS PEMULIHAN KAWASAN |
TAMAN GITA BAYU | 85% | Tidak Pulih |
BANDAR BUKIT MAHKOTA | 90% | Tidak Pulih |
BANDAR SERI PUTRA | 90% | Tidak Pulih |
BANDAR PUTERI BANGI | 90% | Tidak Pulih |
SENARAI KAWASAN BELUM PULIH
SETAKAT 5 SEPTEMBER 2021, 7:00 PAGI
KUMPULAN 2
PETALING | ||
KAWASAN | PEMULIHAN KAWASAN | STATUS PEMULIHAN KAWASAN |
HOSPITAL SERDANG | 80% | Tidak Pulih |
PUSAT PERDAGANGAN SERI KEMBANGAN | 80% | Tidak Pulih |
TAMAN PERINDUSTRIAN SUBANG | 80% | Tidak Pulih |
USJ 3 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 4 | 75% | Tidak Pulih |
USJ 5 | 85% | Tidak Pulih |
USJ 7 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 8 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 9 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 10 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 11 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 12 | 70% | Tidak Pulih |
USJ 15 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 17 | 90% | Tidak Pulih |
USJ 2 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 20 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 21 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 22 | 90% | Tidak Pulih |
USJ 23 | 80% | Tidak Pulih |
USJ 24 | 85% | Tidak Pulih |
USJ 26 | 85% | Tidak Pulih |
USJ 27 | 85% | Tidak Pulih |
HOSPITAL UPM | 90% | Tidak Pulih |
LESTARI PUTRA (Lep 6) | 80% | Tidak Pulih |
SERI KEMBANGAN (SK 2) | 90% | Tidak Pulih |
SERI KEMBANGAN (SK 1, 13 & 14) | 80% | Tidak Pulih |
LESTARI PUTRA (Lep 7) | 80% | Tidak Pulih |
TAMAN BUKIT SERDANG (BS 7) | 90% | Tidak Pulih |
LESTARI PUTRA (Lep 5) | 80% | Tidak Pulih |
LESTARI PUTRA (Lep 4) | 90% | Tidak Pulih |
TAMAN UNIVERSITI INDAH (Apartment Taman Universiti Indah) | 70% | Tidak Pulih |
TAMAN UNIVERSITI INDAH (Jalan Indah) | 80% | Tidak Pulih |