8:00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Sehingga jam 7:00 pagi, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 12%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air di wilayah adalah seperti berikut:
No. |
Wilayah | Peratusan Pemulihan (%) |
1. |
Hulu Langat |
77.8 |
2. |
Petaling |
7.6 |
3. |
Sepang |
0 |
4. |
Kuala Langat |
0 |
5. |
Putrajaya |
0 |
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 11:30 malam, 17 Disember 2021. Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran A.
Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air akan terus digerakkan kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
Senarai Kawasan Yang Telah Pulih Henti Tugas Logi Rawatan Air Sungai Semenyih Sehingga Jam 7:00 Pagi, 17 Disember 2021 |
|
WILAYAH : PETALING |
|
BIL.
|
KAWASAN
|
1 |
TAMAN WAWASAN |
2 |
TAMAN GEMBIRA |
3 |
BANDAR BARU SRI PETALING |
4 |
TAMAN SRI PETALING |
5 |
TAMAN JINMA |
6 |
TAMAN DENAI PUCHONG |
7 |
PUSAT BANDAR PUCHONG (Jalan Bandar 3-20) |
8 |
PUSAT BANDAR PUCHONG (Jalan Merbah) |
9 |
PUSAT BANDAR PUCHONG (Jalan Bandar 1-2) |
10 |
KAMPUNG SRI LANGKAS |
11 |
KAMPUNG SRI AMAN |
12 |
BANDAR PUCHONG JAYA (Jalan Tempua) |
13 |
BANDAR PINGGIRAN PUTRA |
WILAYAH : HULU LANGAT |
|
BIL. |
KAWASAN |
1 |
KAMPUNG RINCHING HILIR |
2 |
KAMPUNG SUNGAI KEMBUNG HILIR |
3 |
KAMPUNG SUNGAI KEMBUNG HULU |
4 |
SEKSYEN 14 BANDAR BARU BANGI |
5 |
PEKAN BANGI LAMA |
6 |
JALAN DAGANG SUNGAI BESI |
7 |
KAMPUNG KUALA PAJAM |
8 |
KAMPUNG JALAN ENAM KAKI BERANANG |
9 |
TAMAN SERENE HEIGHT |
10 |
KAMPUNG BATU 2, 3 & 5 JALAN BANGI |
11 |
RUMAH MURAH PKNS BANGI |
12 |
TAMAN SRI BANGI, BANGI LAMA |
13 |
KAMPUNG BAHAGIA |
14 |
PUSAT NUKLEAR NEGARA |
15 |
INSTITUT GENOM MALAYSIA |
16 |
KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG |
17 |
MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE |
18 |
PERUMAHAN PKNS BERANANG |
19 |
TAMAN PERINDUSTRIAN MAHKOTA BERANANG |
20 |
PERINDUSTRIAN BERANANG |
21 |
KAMPUNG SUNGAI JAI |
22 |
KAMPUNG BUKIT KEPONG |
23 |
KAMPUNG SESAPAN REMBAU |
24 |
KAMPUNG SESAPAN MINANGKABAU |
25 |
KAMPUNG SESAPAN KELUBI |
26 |
TAMAN ANGSANA |
27 |
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) |
28 |
DESA MAHKOTA BANGI |
29 |
TAMAN BANGI VILLA |
30 |
KAMPUNG AMAN BANGI |
31 |
KAMPUNG MACHANG HILIR BERANANG |
32 |
TAMAN BANGI PERMAI |
33 |
TAMAN BANGI INDAH |
34 |
SEKSYEN 15 BANDAR BARU BANGI |
35 |
TAMAN DALMA |
36 |
KAMPUNG TERAS JERNANG |
37 |
KAMPUNG BANGI |
38 |
BANGI ESTATE |
39 |
PEKAN BERANANG |
40 |
KAMPUNG SUNGAI SEMATAR |
41 |
BLUE WATER ESTATE |
42 |
MINES RESORT & HERITAGE THE MINES |