Status Terkini Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya & Kuala Langat

1:00 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Sehingga jam 12:00 tengah hari, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 92%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air di wilayah adalah seperti berikut:

 

No.

Wilayah Peratusan Pemulihan (%)

1.

Hulu Langat

100

2.

Putrajaya

95.7

3.

Sepang

91.2

4.

Petaling

90.1

5.

Kuala Langat

80

 

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 11:30 malam, 17 Disember 2021. Senarai kawasan yang masih belum pulih seperti di Lampiran A.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air akan terus digerakkan kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

LAMPIRAN A

 

Senarai Kawasan Yang Belum Pulih

Henti Tugas Logi Rawatan Air Sungai Semenyih

Sehingga Jam 12:00 Tengah Hari, 17 Disember 2021 

WILAYAH : PETALING

BIL.

KAWASAN

1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

2

SERI KEMBANGAN (SK 7)

3

SERI KEMBANGAN (SK 2)

4

SERI KEMBANGAN (SK 1, 13 & 14)

5

SERI KEMBANGAN (SK 5)

6

SERI KEMBANGAN (SK 9)

7

SERI KEMBANGAN (SK 11)

8

SERI KEMBANGAN (SK 12)

9

SERI KEMBANGAN (SK 10)

10

SERI KEMBANGAN (SK 8)

11

SERI KEMBANGAN (SK 4)

12

SERI KEMBANGAN (SK 3)

13

SERI KEMBANGAN (SK 6)

14

TAMAN BUKIT SERDANG (Apartment Megaria)

15

TAMAN BUKIT SERDANG (BS 8)

16

TAMAN BUKIT SERDANG (BS 7)

17

TAMAN BUKIT SERDANG (BS 9/1 – 9/4)

WILAYAH : KUALA LANGAT

BIL.

KAWASAN

1

BANDAR MAHKOTA

2

BANDAR SAUJANA PUTRA

3

BANDAR RIMBAYU

4

BANDAR BROOKLANDS

WILAYAH : SEPANG

BIL.

KAWASAN

1

TAMAN AMAN PUTRA

2

TAMAN BANDAR BUKIT PUCHONG

3

PERDANA LAKE VIEW

4

GARDEN RESIDENCE LAKE

5

PUSAT PERDAGANGAN KLIA AVENUE

6

TAMAN KOTA WARISAN

7

CERIA RESIDENCE

8

TAMAN IXORA

9

TAMAN DAHLIA

10

TIARA HEIGHTS

11

SETIA ECO GLADES CYBERJAYA

12

ABADI HEIGHTS

13

D’ISLAND RESIDEN

14

TAMAN LA COTTAGE

15

CRYSTAL SERIN RESIDENCE CYBERJAYA

16

SYMPHONY HILLS

17

CYBER HEIGHTS VILLA

WILAYAH : PUTRAJAYA

BIL.

KAWASAN

1

PRESINT 11

 

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …