Status Terkini Henti Tugas LRA Semenyih 2, LRA Sg Langat, LRA Langat 2 & LRA Cheras Batu 11 Berikutan Insiden Banjir

5:00 petang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini henti tugas loji-loji rawatan air iaitu LRA Semenyih 2, LRA Sg Langat, LRA Langat 2 dan LRA Cheras Batu 11 berikutan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan semalam, 19 Disember 2021.

Setakat jam 4:00 petang, maklumat terkini bagi loji-loji rawatan air yang telah dihenti tugas adalah seperti yang berikut:

1. Bagi LRA Semenyih 2, operasi telah dimulakan dan bekalan air bersih telah dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan yang terjejas secara berperingkat-peringkat. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10:00 malam, 20 Disember 2021. Senarai kawasan yang telah pulih adalah seperti di Lampiran A.
2. Bagi LRA Sg Langat, operasi telah dimulakan sepenuhnya. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 11:00 malam, 22 Disember 2021.
3. Bagi LRA Langat 2, operasi telah dimulakan sepenuhnya. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 11:00 malam, 22 Disember 2021.
4. Bagi LRA Cheras Batu 11, proses pembersihan loji rawatan air berikutan insiden banjir sedang dilaksanakan.

Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Jangkaan untuk LRA Cheras Batu 11 beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini. Air Selangor juga perlu memastikan semua peralatan di loji rawatan air berada dalam keadaan baik dan boleh dioperasikan tanpa membahayakan keselamatan kakitangan Air Selangor terutamanya melibatkan arus elektrik.

Bantuan alternatif melalui tangki air masih lagi digerakkan secara berperingkat ke kawasankawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Lampiran A

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …